Wednesday, April 18, 2012

Regatta Lepa

Macam aku ini tahun 1st time aku sempat nak tengok Regatta Lepa. Selalu kalau aku mai Sabah dulu mai hujung tahun, mmg xdan tengok la sebab mai sini pon bukan time depa buat Regatta.Hehe, Regatta ni selalu ada dalam bulan 4.

Bagi yang 1st time mcm aku nak tengok.., acara boleh tahan meriah jugak, aku tengok kat padang stadium bola kemarin da siap pasang khemah dengan cek audio speaker sbb ada artis nak mai sini buat konsert. Aku pon xtaw artis mana nak mai. 2 thn lepas depa kata Siti NurHaliza yang mai. Hohoho..Siap bkubah2 lagi aku tengok. Susun kusi bagai..Start aku nak mai reja pagi tadi jalan utama dah start jem! Terpaksa aku guna jalan belakang! Hehehe, tera da sikit bab jalan kat sini. 1 Pembaharuan! Terpaksa aku guna jugak sebab jalan hat lain smua jem kecuali jalan 1 ni ja. Orang lain malas nak guna sebab jauh sikit. Tapi kalau jem gini, aku rela guna hat jalan ni. Dari hang dok nak tgu dalam reta smbil hang nak p maki org bek xpayah. Lagipon memang seluruh warga Sabah yang duduk kat KK, Sandakan, Tawau dengan temasuk Orang Puteh, Korea, Orang Semenanjung semua turun mai sini nak tengok Regatta ni.

Dah la hari-hari biasa pon jalan da memang sedia jem. Tambah ada Regatta ni jem lagi teruk!!Reta bederu deram. Ini yang aku bencik ni. Pusing punya pusing xjumpak jugak parking. At last parking jauh nak mampus, ada baki lagi 5 minit nak berjalan p opis yang lebih kurang 1 km nak p sampai. Aduyai, hujan lagi pagi ni. Habuan best, aku lewat punchcard!!!eeee, biol sungguh! Semua pasai Regatta ni la..xnah2 lewat sejak reja sini, hari ni p jadi lewat plak dah. Keluaq awai pon lambat jugak smp. Angkara jem punya pasai.

Dalam aku dok kalut berjalan, (aku style kalau jalan xpandang blkg da..menonong ja kalau da kalut!tinggai 3 minit saja lagi oiii!!!!) Tetiba ada la puak ni,dok pakat bawak DSLR ramai2. Baguih, tp yang xbaguih nya depa dok tunjuk eksen plak menunjuk bagai! Konon, tera la tembak gambaq..Ececece, ni cheq, aku xheran aih ampa dok layang2 depan aku. Kat Semenanjung sana lagi ramai pakat ada, xdak apa pon. Ni dok mai sini dok buat kecewi teruk apa pon xtaw? Ish, malas nak tulis depa ni. Xdak kena mgena gn aku pon wlpon depa dok siok tnjuk bakat depa kat aku..Ish..

Ok, la mesti hampa kalut dok nak tya aku bagai, Regatta tu apa menatang kan.. Meh sini aku citew siket..,

Apa itu Regatta Lepa?

Regatta lepa adalah satu acara air tahunan di tepi pantai Semporna, timur Sabah, Malaysia pada setiap tahun. (Lepa tu kat sini kalau dalam bahasa bajau dipanggil sampan/ bot). Macam kita jugak la kat Semenanjung ada Pesta Air.

Gambar diambil dr google.

Regatta ni selalunya depa sambut dalam 3 hari. Bagi Orang Bajau, Semporna Lepa ni banyak kegunaannya dalam kehidupan seharian. Bot/Sampan ini selalunya digunakan menangkap ikan dan juga sebagai kenderaan harian. Ia juga turut digunakan sewaktu upacara perkahwinan dan juga persembahan kebudayaan. Kehidupan unik lepa ni dipusakai turun temurun smp kini.

Regatta lepa ni merupakan tapak untuk memperkenalkan dan mempromosikan seni, budaya dan adat kaum bajau yang bewarna warni. Tiap2 tahun, pengunjung akan bpeluang melihat sendiri keunikan pembuatan bot Lepa yg cantik dan dihiasi dengan tarian dan muzik yang akan dimainkan di atas bot lepa ini. Suasana kat sini mcm aku ckp tadi boleh tahan meriah sebab hampa akan nampak bot2 kecil/ sederhana besaq ada macam2 kaler siap sedia untuk ambek bahagian dalam pertandingan lepa tercantik ni.Akan ada lebih dari 100 Lepa(Sampan) yang tercantik akan ditengok dari segi corak, tarian yang dipersembahkan dengan ada "Sambulayang" dan "tapis-tapis" / bendera.

Gambar dari Google.

Tarian atas lepa

Kat sini lain sikit sambutan dia. Apa sebab aku kata lain sebab kat sini ada "Sambulayang" kita kat sana xdak "Sambulayang". Mesti hampa pelik kan dok nak tanya aku apa kebenda "Sambulayang" ni? Kan kan..??Macam aku jugak dulu, jadi perak sat sebab xtaw apa kejadah menatang depa dok pacak tepi jalan ni..La ni aku taw dah. HAHAHA!!!!

"Sambulayang" ni adalah Lambaian "Sambulayang" (layar) berwarna-warni yang dipasang di setiap rumah/ bangunan sepanjang jalan raya sejauh 14 kilometer dari pekan Semporna menandakan perayaan tahunan Regatta Lepa di daerah itu akan bermula. Ini "Sambulayang" yang aku cakapkan tu, (sila tengok gambaq di bawah)

(gambar dari google)

ini la contoh "Sambulayang"/Layar yang digantung di sepanjang jalan di Semporna, bangunan-bangunan dan di perahu.

Selain dari tu, ada lagi acara lain yang depa pertontonkan kpd umum contoh mcm acara tarik tali, ptunjukan pentas, tangkap itik, lumba renang kat laut, petunjukan bunga api dan mcm2 lagi la.

kalau jatuh mangkit sendiri. =P

Pages