Wednesday, September 30, 2009

domam,batuk,hingus dan kahak..

ini lah yang aku alami sekarang

Tuesday, September 29, 2009

Congrate to Mama..

Entri kali ni ditujukan khas dekat kawan baik aku, si Yana. Pada kelmarin lepas beliau telah mengbuzz aku di ym..katanya ada citer hot nak habaq mai dekat aku..aku dengan terpinga-pinga, muka cuak macam cuka tya dia..(tp dlm at macam taw taw ja apa yg dia nk xplain tuh..ayat at aku:...dia ni pegnen ka??) hak hak..last sekali betoi, dimana dia telah buat kenyataan akan mengkonpemkan dirinye ke sepital lewat ptg ini, samaada btoi kah 2line yang muncul di awal testing itu.....Pagi td setelah semalam menunggu kabarannye beliau dengan gamatnya telah memberitahu sekelian alam yang dirinya dah peknen 6minggu..wahhhh....rezeki bulan syawal ni,katanya kalu leh nak anak gurl...alhamdulillah, Moga segalanya selamat. Tercapai gak cita-cita hang gak Yana..Yea-yea....nama aku da tukaq jd .."aunty anne".

[Yana n her hubby, outdoor wedding pixta]

Monday, September 21, 2009

Raya lah Laghi..

ini menu masa hari raya sesi umah mak, Penang.
nyam..nyam..dap gile..sempat capai 4bijik je..yang lain sudah ditelan owg..taun ni mak aku xsempat nak juai ..sian dik nun..to kak ery, taun depan order awai2 yer..

Rendang ayam dalam belanga..edisi dah nak habis!

Mee kari, mak aku buat. Mmg MABERLICIOUS ahh..!!

Thursday, September 17, 2009

tic tac....tic tac..aku xsabaq nak balik....!!

JAM SUDAH PUKUL 11.45PG..ADA LAGIK 1/2 JAM NAK DOK OPIS..LPAS NI TRUIH BLAH..

Kuiz: Tokoh utama kartun apa yang pas sama sifat kamu?

1.Warna apa yang paling u suka? hitam dan biru--->suke yang ni 2. apa yang kamu lakukan bila melihat seseorang yang membuat kamu jatuh cinta tiba tiba? dok diam2 sudah.. 3. kalu teman sedeh? cube cool down diri die.. 4.setiap kamu bangun bangun pagi apa yang kamu lakukan berteriak selamat pagi dunia dan bersiap siap 5.apa makanan yang paling kamu sukai aku suka spageti!!! hari2 makan pon xpa 6.apa yang paling sering kamu lakukan saat di kelas? fokus apa yg aku blaja, tp kalu boring nk mmpuih aku conteng2 aa buku tu 7.apa perasaan mu ketika menghadapi ujian? aku akan berusaha semaksimal mungkin. ketas akn full dengan jawapan sbb syg sgt xde makah nnt. Jawapan : conan - u adalah orang yg misterius tapi sangat cerdas dan mw terima orang apa adanya. u juga sangat menyayangi pacarmu dan tak ingin dia terluka wakaka!!aku ni conan!..mesterious kah aku...??ntah xtaw lak..yes.YANG BAWAH TEXT KUNIN TU BETOI..aku mmg syg bf aku.mcm kata marka aku..>> sapa xsayang bini ooiiiiii..!!

kungfu sampai -------->> KioQ

aku tengah berkungfu fighting kuiz dekat facebook..hehehehe...

Wednesday, September 16, 2009

kijeku setel dilewat tengahari..

hehe..setel doh kije ku arik ni..esok dengaq kata mai reja sekerat ari,,..ok la jugek..balik leh rest. okla..dikesempatan ini, ingin ku memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap terhadap kalian..yang mana ada terkasar o xterkasar dalam lawak-lawak aku..kata kata aku..minta maap bebanyak..Selamat Hari Raya MaaP Zahir & Batin... [sizu]

Tuesday, September 15, 2009

yg latest dr aku

entry kali ni adalah design aku yg terlatest...sambil buat2 keje kat opis,nak tgu burn cd completely siap,tangan aku ni sibuk la nk rekacipta gambaq kawan aku neh..hehe..ingat xjadi da..at last,jadik jugek. nih la hasil editan aku..(jgn gossip aa..mereka hanya kawan)

Friday, September 11, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin

Tuesday, September 01, 2009

Cara nk kuruskan badan b4 RAYA..

1. JANGAN BERLAPAR Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi 2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. 3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak. 4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. 5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air. 6. AMBIL SARAPAN PAGI Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori. 7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan. 8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam. 9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. 10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda. 11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda. 12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula. 13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah. 14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet 15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak. 16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak. 17. SIMPAN SATU DIARI Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan. 18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan. 19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan. 20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan! 21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi. 22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya. 23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik. 24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori. 25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."
kalau jatuh mangkit sendiri. =P

Pages