Wednesday, April 18, 2012

Regatta Lepa

Macam aku ini tahun 1st time aku sempat nak tengok Regatta Lepa. Selalu kalau aku mai Sabah dulu mai hujung tahun, mmg xdan tengok la sebab mai sini pon bukan time depa buat Regatta.Hehe, Regatta ni selalu ada dalam bulan 4.

Bagi yang 1st time mcm aku nak tengok.., acara boleh tahan meriah jugak, aku tengok kat padang stadium bola kemarin da siap pasang khemah dengan cek audio speaker sbb ada artis nak mai sini buat konsert. Aku pon xtaw artis mana nak mai. 2 thn lepas depa kata Siti NurHaliza yang mai. Hohoho..Siap bkubah2 lagi aku tengok. Susun kusi bagai..Start aku nak mai reja pagi tadi jalan utama dah start jem! Terpaksa aku guna jalan belakang! Hehehe, tera da sikit bab jalan kat sini. 1 Pembaharuan! Terpaksa aku guna jugak sebab jalan hat lain smua jem kecuali jalan 1 ni ja. Orang lain malas nak guna sebab jauh sikit. Tapi kalau jem gini, aku rela guna hat jalan ni. Dari hang dok nak tgu dalam reta smbil hang nak p maki org bek xpayah. Lagipon memang seluruh warga Sabah yang duduk kat KK, Sandakan, Tawau dengan temasuk Orang Puteh, Korea, Orang Semenanjung semua turun mai sini nak tengok Regatta ni.

Dah la hari-hari biasa pon jalan da memang sedia jem. Tambah ada Regatta ni jem lagi teruk!!Reta bederu deram. Ini yang aku bencik ni. Pusing punya pusing xjumpak jugak parking. At last parking jauh nak mampus, ada baki lagi 5 minit nak berjalan p opis yang lebih kurang 1 km nak p sampai. Aduyai, hujan lagi pagi ni. Habuan best, aku lewat punchcard!!!eeee, biol sungguh! Semua pasai Regatta ni la..xnah2 lewat sejak reja sini, hari ni p jadi lewat plak dah. Keluaq awai pon lambat jugak smp. Angkara jem punya pasai.

Dalam aku dok kalut berjalan, (aku style kalau jalan xpandang blkg da..menonong ja kalau da kalut!tinggai 3 minit saja lagi oiii!!!!) Tetiba ada la puak ni,dok pakat bawak DSLR ramai2. Baguih, tp yang xbaguih nya depa dok tunjuk eksen plak menunjuk bagai! Konon, tera la tembak gambaq..Ececece, ni cheq, aku xheran aih ampa dok layang2 depan aku. Kat Semenanjung sana lagi ramai pakat ada, xdak apa pon. Ni dok mai sini dok buat kecewi teruk apa pon xtaw? Ish, malas nak tulis depa ni. Xdak kena mgena gn aku pon wlpon depa dok siok tnjuk bakat depa kat aku..Ish..

Ok, la mesti hampa kalut dok nak tya aku bagai, Regatta tu apa menatang kan.. Meh sini aku citew siket..,

Apa itu Regatta Lepa?

Regatta lepa adalah satu acara air tahunan di tepi pantai Semporna, timur Sabah, Malaysia pada setiap tahun. (Lepa tu kat sini kalau dalam bahasa bajau dipanggil sampan/ bot). Macam kita jugak la kat Semenanjung ada Pesta Air.

Gambar diambil dr google.

Regatta ni selalunya depa sambut dalam 3 hari. Bagi Orang Bajau, Semporna Lepa ni banyak kegunaannya dalam kehidupan seharian. Bot/Sampan ini selalunya digunakan menangkap ikan dan juga sebagai kenderaan harian. Ia juga turut digunakan sewaktu upacara perkahwinan dan juga persembahan kebudayaan. Kehidupan unik lepa ni dipusakai turun temurun smp kini.

Regatta lepa ni merupakan tapak untuk memperkenalkan dan mempromosikan seni, budaya dan adat kaum bajau yang bewarna warni. Tiap2 tahun, pengunjung akan bpeluang melihat sendiri keunikan pembuatan bot Lepa yg cantik dan dihiasi dengan tarian dan muzik yang akan dimainkan di atas bot lepa ini. Suasana kat sini mcm aku ckp tadi boleh tahan meriah sebab hampa akan nampak bot2 kecil/ sederhana besaq ada macam2 kaler siap sedia untuk ambek bahagian dalam pertandingan lepa tercantik ni.Akan ada lebih dari 100 Lepa(Sampan) yang tercantik akan ditengok dari segi corak, tarian yang dipersembahkan dengan ada "Sambulayang" dan "tapis-tapis" / bendera.

Gambar dari Google.

Tarian atas lepa

Kat sini lain sikit sambutan dia. Apa sebab aku kata lain sebab kat sini ada "Sambulayang" kita kat sana xdak "Sambulayang". Mesti hampa pelik kan dok nak tanya aku apa kebenda "Sambulayang" ni? Kan kan..??Macam aku jugak dulu, jadi perak sat sebab xtaw apa kejadah menatang depa dok pacak tepi jalan ni..La ni aku taw dah. HAHAHA!!!!

"Sambulayang" ni adalah Lambaian "Sambulayang" (layar) berwarna-warni yang dipasang di setiap rumah/ bangunan sepanjang jalan raya sejauh 14 kilometer dari pekan Semporna menandakan perayaan tahunan Regatta Lepa di daerah itu akan bermula. Ini "Sambulayang" yang aku cakapkan tu, (sila tengok gambaq di bawah)

(gambar dari google)

ini la contoh "Sambulayang"/Layar yang digantung di sepanjang jalan di Semporna, bangunan-bangunan dan di perahu.

Selain dari tu, ada lagi acara lain yang depa pertontonkan kpd umum contoh mcm acara tarik tali, ptunjukan pentas, tangkap itik, lumba renang kat laut, petunjukan bunga api dan mcm2 lagi la.

Saturday, April 14, 2012

Pelangi Petang..Belajaq Bhs Bajau!

Ok, hari ni aku bukak kelas lagi..kelas nak ajaq hampa bahasa Bajau. hehehe, kata makcik aku. aku la ni dah jadi mcm org sini tp Semalam sepupu aku tipon aku, depa smua dok cangak(bhs kedah)bhs melayu panggil dongak) kat aku sbb sepatah haram pon depa kat umah tu xphm apa aku dengan sepupu aku dok ckp!dah la laju nak mampuih, pastu gelak kuat! kah kah kah..lawak gila bila menantu Penang, MIL Sabah xphm. Jenuh nak p translate plk! Depa xtaw yang aku ni dok dengaq depa hari2 cakap bhasa seropa Tagalog ni..bleh dok p phm bahasa depa. Hahahaha...!Ok, meh sinin akus ajaq ampas!-

1. onggas - botak

2. pahalu - esok

3. potek - putih

4. kiat - merah... ; kalau kiat bahasa kedah keras kong/susah nak dilenturkan!

5. etom - hitam

6. engkok ka - baring lahh!!!

7. pariok - keluar

8. mariom - dalam

9. sangom - malam

10. elau - siang

11. kuting - kucing

12. errok - anjing

13. ayam - manuk

14. Lawang - Pintu

Cukup yang ni dulu, ajaq hampa banyak2 pon bukan hampa ingat.! hahaha...gelak saja la hari ni..apa yg lawak pon xtaw!

K weyh, adios..amigos!!Assalamualaikum wbt, nak balik dah dr opih! BUI-BUI!! =)

Pandang Kanan, Pandang Kiri..

Gambaq aku cilok kat google
emmm..wut a boring day! siyes, xtaw nak buat hape wpon reja aku menimbun! asik p naik trun tangga, tp xjugak kuruih2. wessssss...! aku jadi gemuk pon sbb makan ubat hormon dulu..haishh!ubat yang tdk baik, tp sebab nak baik kena la mkn jugak. ni dalam keadaan nak p closing acc, lagi la rasa mcm hampas kepala..eh nyok!!!emm,,dap plak kalu dapat ayaq nyok tengah2 panaih lagu ni.mabeles...sruuppppp!!dulu aku mmg xminum n makan ayaq nyok. tp sjak dok sini, xmau aku mula makan ayaq nyok. sdap rupanya, pamatutmut la orang smua suka! awat la aku xp try dr dulu lagi? ahhhhh... opis aku ni wpon ada ekon tp da xrasa pun sejuk, sbb dok btoi2 tepi laut!mmg terasa bahang jugak. tambah nak p turun bawah. mmg xtahan aih kepanasan dia tu. wpon kdg2 mai angin aku nak p bjalan tghari aku p jugak jalan, even tengah panas mmbahang. ada aku kesah..hahahaha.

bos ni pulak, xreti2 aih nak berenti bg reja. sabaq la sat. 1 1 la bg setel, xdan siap hat 1 hat 1 ni p tya dah..haishhhh,...!!!macam nak p balas dendam ja sbb aku p mc smlm. Mc pon sbb aku ada appoinment dgn doc. Alhamdulillah selepas aku guna 1 produk ni..(padahai baru guna sehari..) doc ckp aku punye myoma dah kurang sikit dr saiz asal..Alhamdulillah syukur! Cuma cyst still ada, which doc ckp cyst ni mmg common utk ada kalu emosi xberapa nak btoi. hahaha..emosi aku pekehei ni...pelik btooi...Kadang2 dia ada kdg2 dia boleh hilang sendiri kata doc jgn la dok pikiaq sangat anne oiii..buat ja apa yg patut.(sebab baru ja guna sehari..mana bleh hilang lg kan?)

walaupon krim ni aku beli agak mahal bagi orang2 yang kedekut..treeetttt..zip mulut! aku beli jugak sebab dr aku sakit, xtaw apa kesudahan..nak baikkan diri..buang sajalah duit tu.duit buleh kita cari xkan nak sihat badan nak buang duit byk tu pon xleh. beli levis gn guess mampu plak!ahakss..uhuk uhuk...aku xmau da sakit teruk wey. sebab bila dah kena dengan doc/ hospital smua..mmg susah hang nak p wat apa dah..terlentang saja la rejanya.

So, dari hari petama dah bleh mengecil sikit, harap2 lpas ni dah xda dah la.. lagipon wpon reganya mahai, boleh guna dr muka sampai ke hujung kaki. mmg aku rasa berbaloi. bagi sapa2 yang susah nak dapat anak, ada fibroid/cyst mcm aku ni, pastu dia punya rahim xkuat. boleh guna krim ni, sbb ramai sgt yang guna, alhamdulillah. sembuh dari sehari ke sehari..yg xdpt anak dr 5-6 tahun boleh dpt anak. harap dengan produk yang aku guna ni, sembuh la dengan izin Allah.

Amin.

Tuesday, April 10, 2012

Marah!!!

hari ni aku sgt piss off dengan bos no 2 aku kat sini.tahu ar ko ada kabel gn org atasan, tp xyah la nk buat bagus kat opis. bukan apa, keja aku at sini mcm acc tp merangkap kuli batak sekali. eee, tensen bangat aku dengan jantan keparat ni. mcm dia bagus sgt. 


setiap hari dia yang sllu kira sales dan aku ni tukang tulis je kat buku apa yg dibritahu. sekali hari ni, tgh aku kusyuk buat reja, dtg si onggas(bhs bajau)atau melayu panggil botak cheng2 ni eeee...membebel2 mulut dia kata aku ni silap kira duit pekerja!!!!mcm gamp**g!SIAL punya cineee!!!padahal dia yg kira segala bagai duit ni. mcm p*k*! 


kalau pasai duit ni, seduit pon bkira nak mmpuih! aku pon xkelapaq aih duit sales! bukan boleh nak bawak mati pon. Siap kena tanggung dosa lagi ada la. Dah aku buat yg baru nyer sales, xmo plak dia!!!!ingat senang ke nak telek kat pc ni. sgala nombor bagai. silap tekan 1 nombor silap smua!!!dupang siallan (dupang bhs bajau) bhasa melayu kita kata bodoh punya orang!kencing pon dengaq sampai ke luaq. Jenuh aku nak spray Ambipur lavender ni. Choiii!!!nI BOleh plak dok mai ckp elok kat aku, ces..ada aku heran nak buat reja. Aku xkesah!


**sUNGGUh terbang dah segala mood aku nak buat reja hari ni. bek aku bertenet je seharian. Padan muka! **

Friday, April 06, 2012

hampir terminum ayaq ba alif ba ya!
tadi pagi aku mai awai kat opis. kebetulan aku belum lagi makan pagi. (memang selalu macam ni.bekpes aku biasa akn jd makan tengahari sekali..hehe..)
ada la sorang bos baru aku ni konon nak promote la satu minuman kat aku waktu aku tgh kusyuk buat kerja.(aku kalau tengah buat reja mmg xpndang da kiri kanan. tmbh mata dok tgok pc, wallaweyhh....! )aku pagi2 ni la nak bz,..xmenyempat2 aku nak tonggek duduk kat kusi, baru ja sampai tang pintu..bos ni pon masa ni la nak tya itu ini pasai reja padahai bukan lagi masa nak start buat reja. mencik btoi! xleh tgok muka aku sungguh..bila ja muka aku ni terjah kat opis, mula la dok buat kalut smua benda xsiap lagi..konon nya lah. padahai dah siap..ahhh, lagik aku mencik(ayat mellah..kiki)
dalam aku dok kalut buat reja tu la, sambil mata tgok screen pc, jari plak dok taip kat keyboard..mulut plak dok bcakap dengan si bos ni.
bos :"anne!!nanti u jangan lupa minum air yoghurt ni aa.. sangat bagus ooo..minum taw!bg kenyang perut u tu. lagipon air ni bagus untk health sebab kandungan laktosa die tinggi, bagus untuk penghadaman!"pesan bos sungguh2 sambil pulaih botoi ayaq yang dia nak bagi kat aku..
aku : "ya bos. nnt siap ni saya minum"ayat aku bagi sedap at dia. satg xkata gtu kecik at pulak. padahai aku xtengok lagi pon ayaq apa dia kata kat aku ni...
bos : "ok anne, i nak kluaq. Jangan lupa minum aa!" pesan bos lagi.
aku :"Ok!" Ok saja. xpnh xok. ahaks!
Elok ja dia kluaq aku pon memulakan operasi. Aku p la tang singki sambil tengok botoi yoghurt yang bos bagi yang duduk di atas Coway. Belek dulu ingredient dia b4 minum sbb at aku tetiba rasa was2. Memang aku sllu macam ni kalau nak beli barang atau makan. Sebab tu kalu aku p shoppng cmplex nak kata beli barang rumah, meme berejam la...sebab dok p kelebek benda blakang botoi. Haha, aku xtaw la hampa yang len macamna..tapi aku mmg jenis lagu ni. Sebab dok pikiaq barang makan ni jadi darah daging yang akan sebati dalam diri..yang akan dipeturunkan nanti kepada anak-anak, cucu-cucu..cicit-cicit.. Aku kalu da rasa was2 ni hang jgn suruh la aku minum ka makan. mmg aku xkan sentuh langsung. Kepuasan hati mmg aku akan piuuuuuuu ja makanan tu. Hampa taw piuuu tu apa? Piuuu tu maksudnya aku p rejam dalam tong sampah laa... Nak bagi orang lain makan samala mcm kita ni bodoh. xkena kat kita kena kat orang. xke namanya jahat di dunia sebab dok penaya orang. Hisyh, biaq la aku p buang dari bagi orang. kan????
Ha,.. ni aaa ayaq yoghurt yang bos aku bagi tu.. ayaq ni brand Sunglo. Bahan-bahan dia ada dinyatakan bahawa kandungan laktosanya yang tinggi kemudian dihighlight pulak perkataan E440 dan E330!!!! aku tengok je ada E440 dengan E330 ni sudah buat aku nak geli geleman nak muntah sebab setahu aku E440 dan E330 ni ada struktur babi didalamnya sebab di negara Eropah terutamanya terdapat lebih 40, 000 babi diternak.
Untuk orang Eropah, untuk memasukkan tulisan babi di makanan mungkin tidak akan ada orang Islam yang akan beli atau makan. Oleh sebab itu, mereka telah memikir satu cara untuk depa masukkan babi ni secara tidak langsung kepada pengguna Islam. Patut la bos aku ni beria sakan suruh aku minum!Huh, !
Oleh sebab tu, kod-kod ini direka cipta supaya senang depa nak masukkan babi ke makanan atau apa2 barang yang Muslim guna. Bagi yang dah tahu, mungkin terelak oleh benda-benda mcm ni. tapi yang peliknya.. macamna boleh ada tanda halal kat botol tu sedangkan siap sudah bold tanda E440 dan E330. ?? Betulkah halal??Itu da mula jadi syak. Kalau da jadi syak mmg xleh makan sbb makruh..(bagi aku la sbb makanan tu da jadi perkara shubhah@Perkara2 yang was was.) Sebab tu la, aku kalu nak beli barang mmg akan cek dulu sebelum beli walaupon barang tu murah. Biaq la aku beli mahai asalkan halal dan bersih isi kandungannya. Yedak?
Ni aku tunjuk kat hampa botoi ayaq yoghurt yang aku kata tu...
(PST://SEBELUM BELI OR MINUM/MAKAN PLEASE LAAA CHECK BAHAN-BAHAN DIA WALAUPON DAH DISAHKAN HALAL!)
mmg low fat sungguh!low fat kejadah pa kalu ada ba alif ba ya..ish ish ish..

Wednesday, April 04, 2012

Tompek'
Dalam cer Dari Serampang 4 mata aku....., yang dulu aku ada cer pasai tompek iaitu makanan rasmi Orang Bajau. Tompek ni diperbuat dari ubi kayu yang diparut dan dibuang airnya lalu digoreng dengan sedikit minyak smp jadi kekuningan. sama macam putu, tompek' juga dimakan dengan sambal, sagol dan macam-macam lagi.
Bagi sapa-sapa yang xpenah tengok ubi kayu yang diparut yang dibuang airnya dan dibentuk menjadi segitiga besaq gabak. ni kat sini aku tunjuk kat hampa mcmana bentuknya dan cara nak masak tompek ni. kalau kat Semporna sini, seketui besaq ubikayu ni dijual dengan rega RM 2.50 atau RM 3.00. Kuantiti seketoi ni boleh makan 5-6 orang dewasa. Banyak kan? Pada hakikat bagi orang bajau yang suka makan mmg xkan cukup setakat seketoi ni saja. ha, mau taw la kan.
Sejarah serba sikit la pasai ubikayu ni yang dimakan oleh orang bajau.
UBIKAYU dimakan sebab dari zaman dulu-dulu waktu perang susah nak dapat beras yang mahai, jadi yang ada hanya ubikayu yang murah. Lagipon kebanyakkan orang di Semporna ni duduk di pulau. Pulau plak jauh-jauh belaka. Kadang ada hat setengah tu nak turun mai pekan Semporna pon akan amik masa smp 3 jam lebih. Bayangkan, dengan panas terik matahari lagi. Dengan laut yang xtentu..Hurm, mmg susah nak bawak apa-apa tambah kalau perahu kecik lagi. Kadang-kadang aku p Pulau tengok depa bawak almari la katil la..Jadi pelik. Mungkin perahu depa besaq gabak. Tu pasai bleh p bawak segala mcm mak nenek. Xpon ada orang Bajau sini beli papan then depa akan buat rumah or segala mcm secara sendiri. Jarang depa nak beli. Memang save bajet sungguh bagi sapa sapa yang pandai bertukang.
Jadi bagi yang ada perahu kecik tenit, mcmana nak bawak beras? dengan anak-anak ramai lagi.. Sebab tu la depa ni makan ubikayu. Senang nak rengkei(bhs kedah) atau dibawa. Macam jugak kita kat semenanjung. Berperang zaman jepun dulu semua orang dari tua sampai budak-budak kecik p makan ubi kayu. tapi aku xtaw sama ada ubikayu kita macam ubikayu depa kat sini.
Pada kita orang Semenanjung zaman tok dan nenek kita saja
yang makan ubi kayu . Tok nenek kita pula tak peturun kat anak-anak untuk makan ubikayu ni. Sungguh berbeza dengan depa kat sini. Memang akan peturun dekat anak-anak tambah pulak keluarga sini banyak yang hidup susah. Jadi yang senang dan murah ja akan dimakan.
Ini la ubikayu yang akan dibuat tompek'.
Bentuknya Segitiga. Beratnya hampir 1kg kalau xsalah aku.
Dah tinggai separuh sebab makcik aku dah amik p masak. "tinggg!!!" =D
Kena ramas sampai jadi mcm serbuk. kalau tak susah nak digoreng. meh ramas sampai lebam. ni dah p boh dlm peti aih mmg jadi keraih kong. aduiii, sakit tangan nak bg dia jd mcm debu ni.
lepas da ramas dan jadi mcm serbuk, kena boh minyak dalam kuantiti 3 sudu besar.
Minyak perlu diletak supaya bila kita menggoreng nanti tompek ini x melekat kat kuali.
Kalau melekat sat lagi memang hang akan jadi bebai sebab dia macam gam. Hang nak p kalih dgn sudip pon xleh sebab da melekat.
Ok, ramas balik sampai jadi lagu ni.
Masuk dalam belanga, criauuuuuuu!!!
start menggoreng. kena selalu kacau, sebab satg melekat kat
belanga susah ampa nak buat reja sebab tompek liat macam kaco dodoi.
Nah, dah siap!
Selamat makan bagi sapa-sapa yang nak makan.
Sekian. Adios, Amigos.

Tuesday, April 03, 2012

oHhhh!! Lumanggan kitta!
(OhhH!! jALAN-jalan kite !!)
sEMAlam aku bising kat hubiey di rumah,sebab bosan punya pasal. plan punya plan..akhirnya encik hubiey telah membawa saya pergi mandi ke TLDM. bukan aku sorang je ikut, tapi diikuti pulak dengan geng-geng anak-anak buah seramai 9 orang. dan turut serta adik beradik seramai 3 orang dan tidak terkecuali 5 orang sepupu sepapat en hubiey. Depa ni kalau kata bab mandi @ laut pantang lepa, mesti nak ikut join. nAmpak ja mcm dekat, tp Ya Tuhan mcm nak p Tawau. Jauh benor padahal dalam Semporna jugak.
Pepunk, ni aku share la sikit gambar yang ada.
(pst pst :- sory kualiti gambaq xlawa sebab guna kamera henpon yg berapa nak cantek.hehehe hek hek! )

turut serta anak buah kami- Yasmin Suraya Atifa Amani
membawa van melalui Jalan Kabogan, Semporna.
Yeah!! Tebu hitam yang ditanam ditepi jalan tumbuh meliar..xdak pulak orang nak mencuri!
jumpa plak 3 junction, kona lagi...
langit yang cerah,,..dengan ada hutan kelapa sawit.
dalam tengah-tengah hutan tebal tetiba hampa buleh terjumpa satu istana @sekolah yang sangat chantek!sumpah xtipu!
c...nampak lawa dari jauh! dari jauh la dekat xtaw lawa ka idok.
sayup-sayup mata memandang, jauh lagi ni perjalanan..
tetiba jumpa dis signboard! b careful guys..
kena melalui jambatan pulak..bawah tu hutan paya bakau..
then, da nak sampai, kena plak pusing bulatan a.k.a roundbout. Sabah ni banyak roundbout. Jarang la nak jumpa traffic light kecuali kat KK saja. Memang save budget!
da sampai ke destinasi. menurut makcik aku, nampak ja pokok ni lagu ni, xdak daun..padahai ada buah, dan buah dia buleh kita p makan. tp aku xp kutip makan pon,mau terkena apa2 mampuih wa cakap lu!
sori, tempat mandi xleh boh gmbaq sini, sbb kat kawasan tu KAWASAN LARANGAN TUK AMBIK GAMBAQ!
Sekian.Adios, Amigos.
Fenomena Pelik : Air Laut Merah di Sabah @ Red Tide
Kejadian Laut Merah di Pantai Sabah
Sejak seminggu yang lepas smp la kena hari ni(04 April 2012), keadaan laut di Sabah amatlah pelik sebab telah bertukar menjadi warna merah darah. Keadaan ini berlaku apabila kepekatan besar mikroorganisma akuatik meningkat secara mendadak dan dikenali sebagai algal bloom. Ada sesetengah penduduk kat sini berpendapat laut tengah datang "period". Hahaha..Lawak jugak. Dan ada juga yang separuh cakap laut sekarang kena bahan kimia yang ditanam didalam laut oleh pakar-pakar saintis.
Kawasan yang dilanda Air Laut Merah ini adalah di kawasan Perairan Pantai Kota Kinabalu, Perairan Laut Pulau Gaya dekat Semporna, Teluk Sepanggar, Pantai Likas dan kawasan kawasan yang berhampiran.
Peta Kawasan Laut Di Sabah
Untuk warga Sabah yang dok dekat Sabah, buat masa ini Jabatan Perikanan Sabah telah mengeluarkan surat untuk tujuan pemberitahuan. Buat sementara waktu ini adalah tidak selamat untuk kita memakan makanan laut seperti ikan dan cengkerang kerana dikhuatiri dicemari oleh bahan kimia meskipun harga ikan dan cengkerang telah turun dan menjadi murah sampai setalam ikan RM2.00 SAHAJA dari harga asal RM6-7 SEKILO!!! . Makanan laut seperti sotong dan udang masih boleh kita dimakan tetapi harus dipastikan ianya dibasuh dengan bersih dan dibuang segala organ dalamannya sebelum dimasak.
Kesan selepas memakan kerang beracun dalam kuantiti yang banyak, akan menyebabkan mangsa berasa mual dan boleh membawa kelumpuhan pada otot dada dan perut. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan dalam tempoh dua jam, mangsa mungkin akan menemui maut.
dalam erti kata lain , sedih xdapat makan seafood!
(ihsan=google)

Monday, April 02, 2012

Sengugut a.k.a PMS
(GAMBAR:IHSAN GOOGLE)
adui, sakit gila bila senggugut! dulu aku mmg jarang kena period walaupon period aku terlampau heavy bagai nak gila. la ni lpas aku operate kali ke aritu, tetiba aku leh p kena sakit senggugut. apa doc tu p kaco urat mana pon xtaw la.. mcm nk terbalik dunia ni aku rasa. semua benda xkena! rasa nk muntah semua ada. pening pala, wlaupon darah keluaq xbanyak mana. beza sangat dengan dulu wpon terlampau banyak aku still boleh bertahan. la ni duduk pon sakit buat reja pon sakit..Rasa nak teriak!Memang teriak pon sebab xtahan sangat dah. Muka mcm ayam tonggeng pon ada. Macam ditarik-tarik segala urat dalam perot ni weyh. hubbi aku pon asik kena marah! kesian dak comei tu..haha, nasib la dia tu jenis penyabaq dengan bini dia yang banyak retiaq nih! syukur alhamdulillah Ya Allah!!
apa penyebab senggugut ?
(GAMBAR:IHSAN GOOGLE)
Penyakit senggugut atau (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita.
kalau senggugut mesti akan ada benda ni :-
*Perut kembung
*Perut jadi Kejang
*Sensitif
*Bimbang akan sesuatu hal yang x munasabah
*Masalah tidur mesti nak amik masa sampai 2 3 jam..dok berangan pon kadang-kadang xboleh tidoq jugak!
*Sakit sendi atau otot
*Pening kepala
*Muntah
*Hilang selera makan
*Jerawat
(GAMBAR:IHSAN GOOGLE)
Punca senggugut?
Punca sebenar senggugut PMS masih tidak tak tahu. Tapi berkemungkinan dengan ukuran paras hormon seks. Kajian masih dijalankan untuk mengenal pasti punca ini.
Risiko senggugut?
*Murung
*Tekanan perasaan
(Lebih kepada emosi)
Cara nak rawat senggugut?
perubahan permakanan atau cara hidup, dan kaedah sokongan lain. Kegunaan ubat kebanyakannya berkenaan kegunaan hormon dan ini akan ada kesan sampingan yang lain pula contoh mcm fibroid/cyst.
kalau jatuh mangkit sendiri. =P

Pages