Tuesday, March 13, 2012

Dari Serampang 4 mata aku.....,
Seperti yang semua org tahu aku ni berkawen dgn org sabah.ermm..mungkin ada hat setengah tu kata aku pelik.peliknya aku kenapa pilih orang sabah.!dalam banyak-banyak orang melayu kat penang dulu orang sabah jugak jadi hubie aku.mungkin ada setengah jugak masih xtaw..suami aku, orang bajau. bukan melayu sabah tp real of bajau...hehe, ada org bila dgaq ja sabah.."mak oiiii hang ni biaq btoi,kawen gan org sabah!!awat xdak dah ka org melayu kat sini.."aku yang dengaq dok gelak ja dalam hati..truih mulut ni ringan nak menjawab..
"bukan xdak, tp nak buat lagu mana mungkin da jodoh saya dgn org sabah. gpon dulu bukan xpnh kawan gn bdk melayu..tp xlekat lama mana. putuih gak.ni dah jodoh, kena la sy terima..kan??????"
Mcm kaum cina jugak la depa ni. Kalau kat Sabah ni kawasan yang ramai dengan orang bajau ni adalah di kawasan Pantai Timur Sabah iaitu di Semporna, Tawau, Lahad Datu dan Kunak. Menurut cerita makcik dengan pakcik belah hubie aku ni..kebanyakkan depa ni mai dari Filipina lepas Filipina berperang waktu dahulu. Jadi oleh sebab nak menjaga keamanan keluarga, maka berpindah lah mereka dari situ ke pulau-pulau di Semporna ini.
Di Semporna ni terdapat lebih kurang 30 pulau ada di sini termasuk la yang paling femes kat seluruh dunia ni iaitu Pulau Mabul, Sipadan dan jugak Mataking. Rata-rata depa ni dari pandangan aku la, banyak bekerja as petani dan nelayan, xpon berniaga sendiri. Untung atas diri sendiri la beb.Tak melibatkan orang lain. Lagi satu, depa ni mmg terer dalam bab selam dalam ayaq. dari umoq 1thn smp orang tua yang umoq 70thn mmg da pandai berenang. sangat beza dengan kita bila dah umoq 30thn baru nak start belajaq berenang. mau lemaih time tu jugak.hehehe..
kalau mandi laut tu, bukan mcm kita kat semenanjung na cheqq...kalau kita kata nak p mandi laut tu kita hanya akan mandi di tepi gigi air pantai sahaja. tp berbeza dengan orang bajau, mandi laut itu adalah mandi betul-betul kat tengah laut sebab kat sini tiada pantai kalau nak mandi pantai harus lah kena p mana2 pulau, baru anda semua boleh mandi laut kat tepi pantai mcm pulau pangkor tu ye.! ini pengalaman aku, mmg cuak nak mampuih sampai maki2 sebab aku ni takut kalau nk mandi laut, sbb aku ni pernah lemas. hehehe..pengalaman weyh.
lagi satu, rumah depa pon mmg duduk atas air atau kat sini dipanggil rumah laut. rumah ni byk la, mcm satu perkampungan duduk kat situ. Rumah ni tak ada banyak beza la. mcm rumah kita kat atas tanah jugak. cuma yang beza situ bawah rumah ada air. xdak ayaq nak terjun kat bawah rumah pon buleh..hehehe.. Cuma kalau ada elektrik lompat atau tong gas bocoq, mmg xleh buat apa la. 1 perkampungan akan terbakar. Tapi kat sini, ada jugak yang tinggal di dalam sampan. Tapi yang tu dikenali sebagai bajau laut atau kat sini depa panggil "pala'uh". Pala'uh ni bukan orang Malaysia atau orang Filipina. Depa ni orang yang tak ada kad pengenalan atau pengenalan diri atau passport. Kat sini, kad pengenalan atau dokumen diri harus lah dijaga dengan baik, sebab kalau hilang susah sangat nak berurusan. Tak pon, kalau hilang mmg akan ada orang lain amik pakai konon itu Ic depa punya. Kadang-kadang kat sini, 1 orang punya IC mungkin depa boleh pakai sampai 3 atau 4 orang. Susah nak detect sapa punya sebab IC sama. Jadi kalau yang pala'uh ni, kalau p mana2 pon mmg xkena apa sebab tu kebanyakkan depa ni p dok dalam sampan. hujan ka ribut petir ka, panas ka smua duduk dalam sampan ja. kalau anak-anak ramai, sampan tu akan diikat la smp jadi 2 3 sampan. kalau nak beranak pon dalam sampan jugak sbb kalau p hospital, bayaran perubatan sangat mahal. Contoh macam kita yang ada IC, kalau p hospital kerajaan hanya akan diminta bayar RM1. tp bagi depa ni kena bayaq RM 50 untuk sekali rawatan. kadang-kadang tengok kesian pon ada sebab kebanyakan depa ni hidup susah. anak-anak pala'uh ni mmg xboleh bersekolah sbb masing2 xada kad pengenalan atau surat beranak. jadi kadang-kadang tu tengok depa ni p reja, tolong apa yg patut kat pasar ikan atau kat kedai-kedai. tolong bawak ikan @ barang pembeli. so kdg2 pembeli ni murah hati bagi duit. kat sini xdak istilah nak ugut org atau nak mintak sedekah bg yang budak2. smua budak kat sini bkerja ikut depa punya kemampuan. mmg lain la dengan budak-budak kita kat semenanjung tu yang dipaksa jadi peminta sedekah.
(ni la anak-anak pala'uh..cube tgok air laut dia, chantikkan? kat semenanjung xkan dpt punya la air mcm ni punya rupa...)
Macam kat Semporna ni, ada lebih 5 kaum yang tinggal kat sini. Kaum bajau, Suluk(keturunan dari sulu/filipina), Melayu, Cina dan India Muslim(Mamak atau kat sini depa panggil Pakistan), tidung dan juga bugis. Bagi segi makanan mmg banyak beza dengan kita orang melayu. sini, makanan seafood murah dengan senang dapat. Contoh kalau ketam tu, kat sini depa selalu jual dlm RM6.00 - RM7.00 sekilo. Tu belum lagi mintak tawar if beli 2, 3kg. Murah kan? hehehe..Contoh makanan yang wajib atau femes dimakan oleh orang bajau adalah :
1.kima atau kalau dalam melayu dikenali sebagai tiram,
2.tehek-tehek =landak laut
3. timun laut = rumpai laut
4. sagol/senagol = isi ikan yang dicincang yang dicelur dalam air panas dan bila nak makan dicampur limau, garam dan pak ajinomoto dan ciliapi.
5. putu = makanan rasmi orang bajau. kalau xmakan ni rasa xlengkap hidup. PUTU ni dperbuat dari ubi kayu yang telah diparut dan dibuang airnya lalu dimasak secara stim menggunakan cerek yang disalut dengan tanah liat dan ditempel dengan tempurung kelapa yang ditebuk-tebuk untuk proses pengewapan.selalunya, putu ni dimakan dengan tehek-tehek, sagol, rumpai laut dan mcm2 lagi.
6. tompek' = makanan rasmi orang bajau juga. diperbuat dari ubi kayu yang diparut dan dibuang airnya lalu digoreng dengan sedikit minyak smp jadi kekuningan. sama macam putu, tompek' juga dimakan dengan sambal, sagol dan macam-macam lagi.
7. kilau = isi ikan kembung (disini dipanggil ikan kilau) yang dicampur dengan air limau nipis, garam dan cabai melaka(cilipadi).
8. lato'= sejenis tumbuhan air yang kaya dengan zat yang diperlu oleh badan. bagus untuk ibu mengandung. kalau dimakan, kulit anak akan jadi lembut dan cerah.
9. tehek-tehek kabboggan = nasi putih direbus dengan isi tehek tehek dalam cangkerang tehek-tehek.
(p/s: usb aku hilang, nnt ada masa aku upload sini bg ampa tengok k!)
Ok, itu bab makanan. Kalau bab tarian Orang bajau ni juga ada tarian dia sendiri. Contoh tarian yang femes kat semporna ni ialah tarian dalling-dalling. Perkataan dalling-dalling ialah bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian daling-daling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi.Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman. Tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin.
Dari segi percakapan pun, orang bajau ni ada bahasa bajau dia sendiri. Macam aku waktu 1stime dulu dengaq apa menatang la depa ni dok cakap. 1 patah haram pon aku xtaw langsung. Tapi sejak dok sini hampir 7bulan yang lepas, aku da buleh paham la sikit2 apa yang depa cakap. kadang- kadang aku pon da boleh bercakap dalam bahasa depa ni walaupun xbanyak. lagipon, xbanyak sangat beza dengan melayu .. meh sini aku ajaq ampa pulak :
1. Siapa namamu? : Sai on nu?
Nama saya Anne : On ku Anne
2. di mana? : maingga?
cth soalan :
maingga ka lu? = dimanakah kamu?
3. sod = gila
4. angai = kenapa?
5. inak = emak
6. mak = bapak/ayah
7. mbok = atuk / nenek
8. otok = panggilan manja untuk anak/adik lelaki yang muda
9. randa = perempuan
10. lella = lelaki
11. ya = ahok
12. tidak = mbal
13. makan = mangan
14. kita = kitam
15. engkau/ kau = ka'ah
16. balik/pulang = molek
17. kasut = tompah
18. kamu = ka'am
19. beras/nasi = buas
20. bilahi = suka
21. sayang = rayang
22. dengan = maka
23. adik = siali
24. kaki = tapek
25. ayam = manuk
Ok la , takat ni dulu aku ajaq ampa. t aku ajaq len.. adios, amigos!
kalau jatuh mangkit sendiri. =P

Pages