Thursday, February 26, 2009

ASAL USUL SOLAT

SUBUH: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma. ZOHOR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan. Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah. Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas. ASAR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu: Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan. Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut. Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam. Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun. MAGHRIB: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu: Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga. ISYAK: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya. Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun. Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Wednesday, February 25, 2009

YU TANYA, AI JAWAB

--> Spell your name without vowels: N.R.H.D.Y.H(Chantek jer susunan nama aku..hehehe!) --> What color do you wear most? WHITE!white!n WHIte.. --> Least favorite color? Light blue n Purple (Ye laa kot =] --> What's for dinner tonite? ermm..xmakan kot.aku selalu makan siang jer --> Are you happy with your life right now? Hepi kew?? 50-70 % kot... huhuh... Matlamat lom tercapai lagik... huhuhu.byak ag menda xdapat.. --> Who did you last call on your cell phone? my muncit!!=) --> Do you own a.. sport rim..yang ni je aku xdapat ag.bila ley dapat xtaw aar..o_O --> Last thing you bought over 50 Ringgit? Aku p soping baju gan slipar jepun atlanta kat BJ Mall,smua over 50 hengget.. --> Are you missing someone right now? yes,my daddy --> Finish this sentence. I wish...... I Wish i Leh Jadik Kaya.. ada duit byk,at senang..Amin Yarobbal-aalamin... --> One word to describe you.. Cumil dan loqlaq.. Hahahaha.... --> What would you rather be doing right now? Apa Lagik... Tgh duk buat blog ni leeeeewwwww.... --> Last IM you recieved? anne mucuk,munink..ym nih aku dapat dr yana haveluvya.. --> Who did you hug today? bantal tazmania aqu la...tuh la peneman aku time tido --> What are you going to do now? Nak Tdo...ngantuks -->saper mangsa anda seterusnya..? =yana haveluvya =bit saidin =wan mafia =mell

KENA TAG GAN YANOS MUCHUK

1.Apakah benda yang paling penting dalam hidup anda? Spectacles levis aku..aku kan rabun..kiki..kalu xde satg kelabu asap la anak mata aku..kikiki=)
2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri? aku beli baju
3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu? umah ma aku kat kampong..buat kenduri kendara cara owg kampong..meriahnyer...!!
4. Berapa lama anda rasa hubungan anda kekal? Mintak2 berkekalan hingga akhirnya...
5. Adakah anda dilamun cinta? dilamun
6. Di manakah restoran terakhir anda makan malam? kedai char keow tepi jalan kat NT.
7. Namakan buku terakhir yg anda beli.
CLEO
9. Anda lebih senang dengan mak atau bapak? AYAH (+_+)
10. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk kali pertamanya dalam hidup anda. ANAK AKU
11. Sebutkan 8 sahabat yang paling rapat dengan anda +Muncit +Ogy +Yana +Fazlin +Mell +Bang Mir +Kak As +diari aku
12. Adakah anda mencuci pakaian sendiri? YER..sbb saya suke main air..=))
13. Tempat paling seronok yang anda mahu pergi bilik aku
14. Pelukan atau ciuman? dua-dua la..
15. Butirkan 5 tentang orang yang tag anda + sudah berkawan lama
+ xbaper nak kenal
+ saja nak full kan blog
+ saje nk kenal-kenal + saje nk komen blog
16. 8 perkara yang amat saya gilai buat masa ini? + Shoppingggg..!!Smua barang nampak chantek dan nk dibelinye + dslr 60
+text msg gn muncit
+ snap pix + modified interior maibi + cat umah
+ YM + editing picca
17. 8 perkara yang sering diucapkan
+ Aqom + Siut arr.. + Lantak laaa.. + Ya Allah! + Kuang asam
+ Lahanat ahh...!!
+ Mencapap (Mencari Publisiti..Hehehehe!)
+ Okis
18. 8 buah buku yang terbaru anda baca + Diari ku (kisah hidupku byk tercoret disini) + Novel collection.. +Hypertune + Perkahwinan di dalam Islam +CLEO
+ Keselamatan ICT dan Ancaman Siber
19.10 lagu yang saya boleh dengar berulang kali +never b replaced +disini untukmu-ungu +hiasan-olan +the reason +analogi-kristal +destiny-my little lover +selimut hati-dewa +terharu-jamal abdillah +love story-taylor swift + pangako sayo
20. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu +tenangkan at
+kurangkan xtxt nagiz
+rajin masak
+baik at gn owg,even aku xsuke owg tu
+xmkn ais ketul
+usaha dan terus berusaha
+tambah kenalan rapat
+workaholic

TABAHKAN HATIMU WAHAI TEMAN

Email nih aku dapat dr lisa..seorang dari kawan2 aku yang tersenarai dlm list email aku..kat sini aku nak share sikit,tentang email yang dia forward kat group..aku paste kat sini supaya jadik pedoman kepada pompuan2 kat dunia ni.
Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri...= Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.Pembaca Semua, Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak,Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak.
Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya,tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya.Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya,memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri.Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun.Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku.Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyaikuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.
Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik..Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali,dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut. Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan.Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwian adalah sebahagian kita mencari keredhaan Allah.Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah..Insya' Allah.
harap tabah hadapi ujian Allah s.w.t,semuanya ada hikmah..kecantikan itu xkekal abadi..yang penting,at itu da cukup baik untuk segalanya.

Tuesday, February 24, 2009

KALAU POMPUAN KATA KAT LELAKI MACAM NIH..MAKNANYA...

1)Kalau pompuan kata : oklah wak,kita sembang lain kali yek. Maknanya : dah le tu...maleh dah nak sembang ngan ko..boring! 2)Kalau pompuan kata : tak pe,saya tak kisah.. Maknanya : sape kata aku tak kisah? 3)Kalau pompuan kata : kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je Maknanya : aku memang tak nak kat ko..kalo cakap kang penyek plak muka tu.. 4)Kalau pompuan kata : eh....u call ekk?i tak de receive call dari u pun... Maknanya : memang no ko naik tapi saja aku malas nak jawap 5)Kalau pompuan kata : lain kali je la kita keluar,i bz la sekarang ni...nanti i free i call u ,kay? Maknanya : aku tak nak keluar ngan ko,tak reti2 bahasa lagi ke?
6)Kalau pompuan kata : i sebenarnya tak la memilih sangat.= Maknanya :sape kata aku tak memilih....please. .kalo nak makan pun harap aku belanja,boleh blah la...
7)Kalau pompuan kata :i tak kisah penampilan u macamana pun Maknanya : ya Rabbi!selekehnya pak we aku...
8)Kalau pompuan kata : lain kali kita keluar lagi ekk?i kena balik cepat la...ada hal... Maknanya : inilah first and last aku keluar ngan ko...
9)Kalau pompuan kata :saya suka lelaki yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla... Maknanya : excuse me!ciri2 tu tak de kat ko..so..paham2 sendiri la 10)Kalau pompuan kata : u keje kat mana?as what? Maknanya :kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah le ngorat aku...

ahakss!!kena cuka getah la lelaki-lelaki gini..kikiki

Monday, February 23, 2009

MENGAPA WANITA SANGAT ISTIMEWA?

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...
ok settle...baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."....
"..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."
masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..
dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...
Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan..
Papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...
Selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....So?....apa yang peliknya..??Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...
pst=utk lelaki di luar sana..,hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

MENGAPA YAHUDI BIJAK?

Act,petikan ni aku dapat dr email aku..ada someone yang bernama colsemetet telah meng'sending kan petikan beliau ke Yahoo Group.(sbb aku ponk joink tis Group..sbb tu aku dapat mail die..)
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu
"Mengapa Yahudi Bijak?"
Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.
Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.
Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.
Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !.
Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara..Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat?
Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.
Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.
Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar!
pst: Kepada ibu-ibu mengandung...tukarkan jadual pemakanan anda.

DUA BANGLA DI SATU PAGI

Ceritera brmula di satu station minyak. Di station minyak nie ada 2 org pekerja bangla yg tau cakap melayu skit, omputih skit & bahasa bangla yg sememangnye dia pro. Sorg tu namanye Majid & seorg lg namanye Iqbal.
Pd satu arie berhenti sebuah kete mewah, mercedes utk mengisi minyak.Pemandu kete tu seorg Pak Arab. Kebetulan pula minyak d pam minyak tu dah abis, nie yg membuatkan Iqbal poning kepalo nak bgtau pd Pak Arab tu yg minyak dah abih. Pak Arab tu lak tak tau sepatah haram bahasa melayu, cuma tau omputih skit & bahasa arabnye ler..Iqbal bgtau PakArab tu sambil menyebut "fuel" & dsusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abih, tapi Pak Arab tu ternganga tak paham. Iqbal coba lg sekali dgn menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan kepala, tapi Pak Arab tu ternganga luas tak paham!!..Iqbal tak tau nak wat camner..dia pon gi kat Majid utk menerangkan situasi sebenar. Mereka bercakap dlm bahasa bangla, & bunyiknye cam nie..
Iqbal: Majid, tolong aku majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih..
Majid: ala...ko cakap je la..minyak dah abih..
Iqbal: dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku lak, tak tau cakap omputih.. Yes , No, Alrite & I lap U tau ler..
Majid: Aku pun tak tau gak cakap omputih...
Iqbal: ala..ko tolong ler aku..
Majid: ok...aku tau sikit-sikit cakap arab..
Lalu pergi la..si Majid pergi kepada Pak Arab tu dan dgn selamba dekkk..nye berkata; "Fuel!, Sodoqallah'hul azim",
Pak Arab tu paham & teros blahhh...
KOMEN: MACAM MEMBACA MUQADAM PULAK EEKKK...???? HE..HE..HE..

Sunday, February 22, 2009

SURAT CINTA TIJAH

Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur . Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yg bermata biru. Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya. Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya. Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ... ************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ** Mike.... I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she. You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land. My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three. So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me. So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver. I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times. Safe walk.. Tijah PS: Hihi!!lawak la hang ni tijah oiii..!!

AYAT BARU JEPUN

Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kpala otak asyik fikir POLITIK+REFORMASI pahtuh campuq lapaq nasik gn lapaq aiq ja, apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni. + Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI +Yang suka berjimat - SAYORI +Yang suka layan blues - APO NADIKATO +Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI +Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARASUKAMURA + Yang bisu - KIETA TADASORA + Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA +Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI + Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI + Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA + Yang tua - TARAGIGI PADAMOKA + Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI + Yang suka merempit - SAJA CARIMATI +Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI kikiki =)), hahahahahahahahahahaha...semua ayats aku suka..!!!

GUESS WHO?

U.S President , George Bush ?
NO
Osama Bin Laden ?
NO
UN General Secretary ?
NO
I Will Tell You But Please Don't Wonder
It's BABU from India
(The crane operator of the top MOST of BURJ DUBAI, the tallest building in the world!)

PERMATA HATI

S'org ank m'dptkn ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan mlm di dapur lalu m'hulurkn sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu : Tolong pergi kedai RM4.00 Tolong jaga adik RM4.00 Tolong buang sampah RM1.00 Tolong kemas bilik RM2.00 Tolong siram bunga RM3.00 Tolong sapu sampah RM3.00 Jumlah : RM17.00 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -> PERCUMA Kos berjaga malam kerana menjagamu -> PERCUMA Kos air mata yang menitis keranamu -> PERCUMA Kos kerunsingan kerana> bimbangkanmu - PERCUMA Kos menyediakan makan minum, pakaian & keperluanmu -> PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -> PERCUMA Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".

SAYANG BINI

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, diatas katil...... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....
Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."
Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, pas tu mula mengantuk semula.Beberapa ketika selepas itu, si isteri bersuara lagi,
"Kemudian tu....abang selalu cium saya."
Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri... Pas tu sambung tido balik.Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,
"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."
Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.
Si isteri bertanya, "Abang nak gi maner tu?"
Dengan marah suaminya menjawab,
"Nak gi amik gigi ..."
HAHAHAHAAAHHH......................

MAGIC GAK ENCIK NIH..

Ada sorang lelaki bernama Ali, baru buka perniagaan khidmat nasihat. Officenya amat canggih, sederet dengan beberapa ofis yang lain. Ali seorang pakar perunding perniagaan, baru tamat belajar diluar negara, jadi nak mencuba nasib dalam bidang pernigaan, tekad tak mahu kerja ngan orang lain. Ofis dia masih baru, baru renovate la katakan. Selepas sebulan ofis dibuka, perniagaan Ali masih belum bergerak, sampai sekarang satu bisnes pun tak dapat lagi. Sampai sekarang sorang pun belum pernah singgah kat ofis/kedai dia tu. Ali pening, signboard kat luar ofis dia tu mahal tuuuuu, beribu ringgit. Lobi sambut tetamu canggih tu, cuma belum ada pekerja lagi, Ali sorang2 je handle.
Pada satu hari, ada lelaki masuk kedai dia, apa lagi Ali pun berasa bangga giler, 1st customer la katakan, Ali cepat2 duduk kat meja dia, ambil phone telekom atas meja dia tu, berlakon olok olok bercakap dengan seseorang, saje je nak tunjuk perniagaan dia memang bagus giler, perniagaan ribu2 ringgit. Sambil menyuruh lelaki tu duduk depan dia, dan suruh tunggu kejap kerana dia masih cakap kat phone tu (padahal belakon aje), ini perbualan Ali ditalipon.
"Ye Dato', ooo pasal project tu dato', saya akan uruskan dato', ala dato' bayar kat saya beratus ribu, takkan saya main2 buat kerja ni dato', lagi pun sudah terlalu banyak perniagaan yang menjadi bukti kejayaan kami, itu dah cukup mengambarkan keberkesanan perkhidmatan kami……ok dato'…baik dato'… Oklah dato'…nanti kita jumpa kat hotel hilton malam ni….ok dato'….bye"
Ali pun meletakkan talipon. Dan mula bersembang dengan lelaki yang duduk terkebil-kebil di depannya tadi, menunggu Ali.
"Ya encik, terima kasih kerana memerlukan khidmat nasihat perniagaan kami, maaf kerana menunggu tadi, maklumlah perniagaan kami terlalu pesat berkembang, tak menang tangan, banyak sangat permintaan.
Ya, ada apa yang kami boleh bantu dalam perniagaan encik" tanya Ali. Lelaki tu menjawab " Saya technician telekom, nak sambungkan line telepon tu, magic gak encik ni, macamana boleh guna phone kalau tak de line.." ps:sengal ubi jugek pokcik nih..hahahaha!!

Saturday, February 21, 2009

The Amazing Eejanaika Roller Coaster

Fuji-Q Highland (Fujiyoshida, Shizuoka Japan)Number of Inversions 14 times (Guinness World Record)Maximum Speed 126 km/hLift Height 76 mAngle of Descent 89 degreesTrack Length 1,153 m. (c the picture..)

Friday, February 20, 2009

10 KEBAIKAN COKE...CUBA TRY TEST TENGOK!

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atauhilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang! 2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkanselama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang daritindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untukmencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak? 3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lapbumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karathilang! 4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat baterikereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta 5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuangsetin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka 6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setinCoke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke 7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke danlap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal! 8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia bolehmeleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti sukani!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang laindalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan loriyang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu jugadiselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagianenjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni! 9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuhkopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapitambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.Wahh!Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadaplidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidakberapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalammulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tuhilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Andaminum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut 10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuhserangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

MASA-ELAH KU SETEL

Hari ini setel 1 masalah yang bley jugak aku kata dah lamer terperap kat owg atasan...Harghhh...!!Lega giler idop aku.sebab setel masalah yang wat aku cuak bayak kali..Thx to Pn. Aini for helping me. :)
"Bos...!!Website da siap!"dengan muka ceria bos aku balas
"Haaa..camni lee..Tahniah yer sbb berjaya siapkan website tu.."Nih makin aku bersemangat waja nih..Yes,berjaya jugak aku!Apaponk,aku salute jugek la kat bos aku nih..bos aku nih amat pentingkan puntuality and kekemasan sesuatu hasil kerja..dan klu da buat kerja tu,buat smpai btoi2 selesai..jgn sesuka at je nk tgai.de mmg pantang sikit..sama macam aku bos aku ni klu pasai kije..
Lgi satu, kalu kerja ampa xsiap o xkemas..dia akan cakap slow ja..tp makan dalam..ayat sipi dia bg..klu dia rasa ampa buat kije xbaper ok gn kehendak dia.masa tuh..siap2 kan la perisai anda!Tahan apa yang patut..hihi..aku da besa kena..sebab tuh aku taw.hahaha!!!(Bos..tumpang lalu.tabik sikit.hihihi:] )
#keje yang dah setel today : website opis
ptg nih..ada 4 tugasan yang musti aku setelkan.Bcoz,esok bos nk tgok..:-
1. Do two banners = 1 da siap, tingai lagik 1 nak siap...
2. make some editing in homepage ..(apala depa nih..eja salah lak in brochure! siap da print smua da..but,sokay la..i akan bikin las' copaque here..) >> also done! 3. reformated for disk.. setup video cam and all vcd yg telah siap di shoot a few days ago..then,backup all data into maxtor.[hAilohhhh..mane laks maxtor aku nih...??] 4. EdIT blog opis..taruk more pic.. 5. bos pesan..gtaw main opis, 4 borrowed laptop,lcd n mic for workshop dis saturday and sunday. aku xdak cuti tis week...sbb kena p shoot gambaq. >>>already done!
#pst: special thx to my muncit for helping me in late evening. tingat lak kat mizuki gan sano!

Tuesday, February 17, 2009

DARWISYA FARHANA AND EIFFEL AMANI

darwisya farhana bt forouk
cute gal,darwisya farhana..tomei boy,eiffel amani..

UNDERMAINTENANCE

Website still in progress...no any replied from pihak atasan..still waiting for their answer. nadia gan aku dok bz cari cupcakes..yg aku jumpa byk area kl..area png xder kew?
.:finding cupcakes:.

Saturday, February 14, 2009

IT'S A VALENTINE DAY

Valentine's day..
erm..xsambut ponk..tp sayang aku kat dia..makin ada makin ada.. kiter sayang awak,b!..dan kiter tahu awak juga sayang kat kiter nih..macam b cakap,"i'm yours". de conclusions...i love him twice for today..triple love for 2morrow.
lots of muahh, ayang.

Monday, February 02, 2009

BEGIN A NEW TASK IN FEBRUARY

2day, aku dapat task baru,,..then my status have change from available to busi a whole day.hope,everything berjalan gn smooth..tanpe pening2 lalat..like b4. p/s: jobtask => wat website..
kalau jatuh mangkit sendiri. =P

Pages