Tuesday, April 03, 2012

oHhhh!! Lumanggan kitta!
(OhhH!! jALAN-jalan kite !!)
sEMAlam aku bising kat hubiey di rumah,sebab bosan punya pasal. plan punya plan..akhirnya encik hubiey telah membawa saya pergi mandi ke TLDM. bukan aku sorang je ikut, tapi diikuti pulak dengan geng-geng anak-anak buah seramai 9 orang. dan turut serta adik beradik seramai 3 orang dan tidak terkecuali 5 orang sepupu sepapat en hubiey. Depa ni kalau kata bab mandi @ laut pantang lepa, mesti nak ikut join. nAmpak ja mcm dekat, tp Ya Tuhan mcm nak p Tawau. Jauh benor padahal dalam Semporna jugak.
Pepunk, ni aku share la sikit gambar yang ada.
(pst pst :- sory kualiti gambaq xlawa sebab guna kamera henpon yg berapa nak cantek.hehehe hek hek! )

turut serta anak buah kami- Yasmin Suraya Atifa Amani
membawa van melalui Jalan Kabogan, Semporna.
Yeah!! Tebu hitam yang ditanam ditepi jalan tumbuh meliar..xdak pulak orang nak mencuri!
jumpa plak 3 junction, kona lagi...
langit yang cerah,,..dengan ada hutan kelapa sawit.
dalam tengah-tengah hutan tebal tetiba hampa buleh terjumpa satu istana @sekolah yang sangat chantek!sumpah xtipu!
c...nampak lawa dari jauh! dari jauh la dekat xtaw lawa ka idok.
sayup-sayup mata memandang, jauh lagi ni perjalanan..
tetiba jumpa dis signboard! b careful guys..
kena melalui jambatan pulak..bawah tu hutan paya bakau..
then, da nak sampai, kena plak pusing bulatan a.k.a roundbout. Sabah ni banyak roundbout. Jarang la nak jumpa traffic light kecuali kat KK saja. Memang save budget!
da sampai ke destinasi. menurut makcik aku, nampak ja pokok ni lagu ni, xdak daun..padahai ada buah, dan buah dia buleh kita p makan. tp aku xp kutip makan pon,mau terkena apa2 mampuih wa cakap lu!
sori, tempat mandi xleh boh gmbaq sini, sbb kat kawasan tu KAWASAN LARANGAN TUK AMBIK GAMBAQ!
Sekian.Adios, Amigos.
Fenomena Pelik : Air Laut Merah di Sabah @ Red Tide
Kejadian Laut Merah di Pantai Sabah
Sejak seminggu yang lepas smp la kena hari ni(04 April 2012), keadaan laut di Sabah amatlah pelik sebab telah bertukar menjadi warna merah darah. Keadaan ini berlaku apabila kepekatan besar mikroorganisma akuatik meningkat secara mendadak dan dikenali sebagai algal bloom. Ada sesetengah penduduk kat sini berpendapat laut tengah datang "period". Hahaha..Lawak jugak. Dan ada juga yang separuh cakap laut sekarang kena bahan kimia yang ditanam didalam laut oleh pakar-pakar saintis.
Kawasan yang dilanda Air Laut Merah ini adalah di kawasan Perairan Pantai Kota Kinabalu, Perairan Laut Pulau Gaya dekat Semporna, Teluk Sepanggar, Pantai Likas dan kawasan kawasan yang berhampiran.
Peta Kawasan Laut Di Sabah
Untuk warga Sabah yang dok dekat Sabah, buat masa ini Jabatan Perikanan Sabah telah mengeluarkan surat untuk tujuan pemberitahuan. Buat sementara waktu ini adalah tidak selamat untuk kita memakan makanan laut seperti ikan dan cengkerang kerana dikhuatiri dicemari oleh bahan kimia meskipun harga ikan dan cengkerang telah turun dan menjadi murah sampai setalam ikan RM2.00 SAHAJA dari harga asal RM6-7 SEKILO!!! . Makanan laut seperti sotong dan udang masih boleh kita dimakan tetapi harus dipastikan ianya dibasuh dengan bersih dan dibuang segala organ dalamannya sebelum dimasak.
Kesan selepas memakan kerang beracun dalam kuantiti yang banyak, akan menyebabkan mangsa berasa mual dan boleh membawa kelumpuhan pada otot dada dan perut. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan dalam tempoh dua jam, mangsa mungkin akan menemui maut.
dalam erti kata lain , sedih xdapat makan seafood!
(ihsan=google)
kalau jatuh mangkit sendiri. =P

Pages