Monday, June 22, 2009

update#02

Esok aku xmasuk opis..kena p kursus d' whole day. start from 8.30am-5pm.

Selamat Hari Bapa, Ayah!

Dulu zaman kanak-kanak Aku selalu manja dengan ayah Ke mana saja ayah ada kat situ jugak aku akan ada Ayah tak pernah meninggalkan aku Apatah lagi memukul dan mengasari aku Dulu, ayah selalu ikut kemahuan aku Pakai baju pun macam ayah Hehe..macam jantan dah kata ayah.. Tapi , aku tak kesah sebab aku anak ayah Dulu, masa ayah nak pergi outstation aku nagis satu umah sbb tak dapat ikut ayah Last sekali ayah bawak aku jugak Renyih gila muka aku sebab dapat ikut ayah :D Dulu, waktu main konda kondi yang pakai bola getah Mak pernah nak pukul aku sebab pecahkan tingkap perabot rumah betapa menagisnya aku sbb dipersalahkan emak bila ayah balik, mak pulak kena marah dengan ayah Kasihan emak Dulu, masa zaman sekolah rendah Ayah selalu amik aku dari balik sekolah Sampai aktiviti aku pun mmg banyak diperturunkan oleh ayah Aku mmg lincah dan kasar kata ayah Tapi antara anaknya aku lah paling sensitif kata ayah Dulu, masa zaman sekolah menengah Kawan-kawan mula bertanya bagaimana lelaki yang engkau cita-cita Aku cakap aku nak lelaki saling tak tumpah yang macam ayah Dulu, hospital menjadi rumah kedua kami adik-beradik Sejak kami balik ke sini, kesihatan ayah selalu sakit Aku selalu ditinggalkan ayah Cuma hujung minggu saja aku dapat ketemu ayah Xperlah at least dapat jugak ketemu ayah, luah isihati aku Dulu, sedang ayah kritikal Aku menjaga ayah sementara cuti sekolah Menganti emak yang berhari-hari, bertahun-tahun menjaga ayah Hatiku sebak melihat ayah Walaupun aku dimarah oleh orang yang tidak memahami situasi ayah Aku pendam itu kerana aku anak ayah Dulu, pedih luluh hati aku melihat ayah Yang bertungkus lumus melawan peritnya Sangat tabah dan sabar mencari penawar Menganggap semua itu ujian daripada Allah Swt Aku menagis di depan ayah Ayah tetap tega meraup rambutku mengatakan aku masih anak manja ayah Dulu, 3 malam aku bermimpi petanda Petanda bahawa aku akan hilang segalanya Tetapi apakan daya bila bila aku bercerita semua orang tidak mempercaya Pagi itu ayah pergi selamanya Barulah emak percaya tentang perkara yang aku beritahu padanya Tinggalkan aku yang sudah tiada teman suka dan lara Dalam tawa aku masih ada derita Sehingga aku sakit kerananya Padamu ayah yang amat kucinta Kaulah pencetus inspirasi segalanya Pergimu hilang separuh nyawa aku untuk sekian lama Kini, sudah 9tahun ayah pergi meninggalkan aku selamanya Hingga kini airmata aku masih berbisa Dapat dirasa ayah masih ada Kekusutan hati aku masih melanda Kerana aku amat rindukan dirinya Hanya doa Al-Fatihah dan kesejahteraanmu di akhirat kupinta Moga ayah sejahtera dan tenang di sana Amin Yarobbalalamin
-SELAMAT HARI BAPA, kepadamu wahai ayah yang amat kucinta: MD.SAAD BIN BAHARI-
Doa dari anakmu yang sangat manja, Nor Hidayah bt Md. Saad@ -sizukamanja-
kalau jatuh mangkit sendiri. =P

Pages