Wednesday, April 04, 2012

Tompek'
Dalam cer Dari Serampang 4 mata aku....., yang dulu aku ada cer pasai tompek iaitu makanan rasmi Orang Bajau. Tompek ni diperbuat dari ubi kayu yang diparut dan dibuang airnya lalu digoreng dengan sedikit minyak smp jadi kekuningan. sama macam putu, tompek' juga dimakan dengan sambal, sagol dan macam-macam lagi.
Bagi sapa-sapa yang xpenah tengok ubi kayu yang diparut yang dibuang airnya dan dibentuk menjadi segitiga besaq gabak. ni kat sini aku tunjuk kat hampa mcmana bentuknya dan cara nak masak tompek ni. kalau kat Semporna sini, seketui besaq ubikayu ni dijual dengan rega RM 2.50 atau RM 3.00. Kuantiti seketoi ni boleh makan 5-6 orang dewasa. Banyak kan? Pada hakikat bagi orang bajau yang suka makan mmg xkan cukup setakat seketoi ni saja. ha, mau taw la kan.
Sejarah serba sikit la pasai ubikayu ni yang dimakan oleh orang bajau.
UBIKAYU dimakan sebab dari zaman dulu-dulu waktu perang susah nak dapat beras yang mahai, jadi yang ada hanya ubikayu yang murah. Lagipon kebanyakkan orang di Semporna ni duduk di pulau. Pulau plak jauh-jauh belaka. Kadang ada hat setengah tu nak turun mai pekan Semporna pon akan amik masa smp 3 jam lebih. Bayangkan, dengan panas terik matahari lagi. Dengan laut yang xtentu..Hurm, mmg susah nak bawak apa-apa tambah kalau perahu kecik lagi. Kadang-kadang aku p Pulau tengok depa bawak almari la katil la..Jadi pelik. Mungkin perahu depa besaq gabak. Tu pasai bleh p bawak segala mcm mak nenek. Xpon ada orang Bajau sini beli papan then depa akan buat rumah or segala mcm secara sendiri. Jarang depa nak beli. Memang save bajet sungguh bagi sapa sapa yang pandai bertukang.
Jadi bagi yang ada perahu kecik tenit, mcmana nak bawak beras? dengan anak-anak ramai lagi.. Sebab tu la depa ni makan ubikayu. Senang nak rengkei(bhs kedah) atau dibawa. Macam jugak kita kat semenanjung. Berperang zaman jepun dulu semua orang dari tua sampai budak-budak kecik p makan ubi kayu. tapi aku xtaw sama ada ubikayu kita macam ubikayu depa kat sini.
Pada kita orang Semenanjung zaman tok dan nenek kita saja
yang makan ubi kayu . Tok nenek kita pula tak peturun kat anak-anak untuk makan ubikayu ni. Sungguh berbeza dengan depa kat sini. Memang akan peturun dekat anak-anak tambah pulak keluarga sini banyak yang hidup susah. Jadi yang senang dan murah ja akan dimakan.
Ini la ubikayu yang akan dibuat tompek'.
Bentuknya Segitiga. Beratnya hampir 1kg kalau xsalah aku.
Dah tinggai separuh sebab makcik aku dah amik p masak. "tinggg!!!" =D
Kena ramas sampai jadi mcm serbuk. kalau tak susah nak digoreng. meh ramas sampai lebam. ni dah p boh dlm peti aih mmg jadi keraih kong. aduiii, sakit tangan nak bg dia jd mcm debu ni.
lepas da ramas dan jadi mcm serbuk, kena boh minyak dalam kuantiti 3 sudu besar.
Minyak perlu diletak supaya bila kita menggoreng nanti tompek ini x melekat kat kuali.
Kalau melekat sat lagi memang hang akan jadi bebai sebab dia macam gam. Hang nak p kalih dgn sudip pon xleh sebab da melekat.
Ok, ramas balik sampai jadi lagu ni.
Masuk dalam belanga, criauuuuuuu!!!
start menggoreng. kena selalu kacau, sebab satg melekat kat
belanga susah ampa nak buat reja sebab tompek liat macam kaco dodoi.
Nah, dah siap!
Selamat makan bagi sapa-sapa yang nak makan.
Sekian. Adios, Amigos.
kalau jatuh mangkit sendiri. =P

Pages