Tuesday, April 03, 2012

Fenomena Pelik : Air Laut Merah di Sabah @ Red Tide
Kejadian Laut Merah di Pantai Sabah
Sejak seminggu yang lepas smp la kena hari ni(04 April 2012), keadaan laut di Sabah amatlah pelik sebab telah bertukar menjadi warna merah darah. Keadaan ini berlaku apabila kepekatan besar mikroorganisma akuatik meningkat secara mendadak dan dikenali sebagai algal bloom. Ada sesetengah penduduk kat sini berpendapat laut tengah datang "period". Hahaha..Lawak jugak. Dan ada juga yang separuh cakap laut sekarang kena bahan kimia yang ditanam didalam laut oleh pakar-pakar saintis.
Kawasan yang dilanda Air Laut Merah ini adalah di kawasan Perairan Pantai Kota Kinabalu, Perairan Laut Pulau Gaya dekat Semporna, Teluk Sepanggar, Pantai Likas dan kawasan kawasan yang berhampiran.
Peta Kawasan Laut Di Sabah
Untuk warga Sabah yang dok dekat Sabah, buat masa ini Jabatan Perikanan Sabah telah mengeluarkan surat untuk tujuan pemberitahuan. Buat sementara waktu ini adalah tidak selamat untuk kita memakan makanan laut seperti ikan dan cengkerang kerana dikhuatiri dicemari oleh bahan kimia meskipun harga ikan dan cengkerang telah turun dan menjadi murah sampai setalam ikan RM2.00 SAHAJA dari harga asal RM6-7 SEKILO!!! . Makanan laut seperti sotong dan udang masih boleh kita dimakan tetapi harus dipastikan ianya dibasuh dengan bersih dan dibuang segala organ dalamannya sebelum dimasak.
Kesan selepas memakan kerang beracun dalam kuantiti yang banyak, akan menyebabkan mangsa berasa mual dan boleh membawa kelumpuhan pada otot dada dan perut. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan dalam tempoh dua jam, mangsa mungkin akan menemui maut.
dalam erti kata lain , sedih xdapat makan seafood!
(ihsan=google)

3 comments:

Unknown said...

ko ka yg ckap laut period tu? hahaha..

ikan masih boleh makan lah. tpi kena keluarkan isi dia.. kerang nda bulih sebab susah mo kasi kluar isi dia..

Unknown said...

itu isi perut.

Unknown said...

hoho, jaga diri kio siapa yg di situ.

kalau jatuh mangkit sendiri. =P

Pages