Sunday, February 22, 2009
PERMATA HATI
S'org ank m'dptkn ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan mlm di dapur lalu m'hulurkn sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu :
Tolong pergi kedai RM4.00
Tolong jaga adik RM4.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM3.00
Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -> PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu -> PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu -> PERCUMA
Kos kerunsingan kerana> bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian & keperluanmu -> PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -> PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment