Thursday, February 26, 2009
ASAL USUL SOLAT
SUBUH: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.
Wednesday, February 25, 2009
YU TANYA, AI JAWAB
--> Spell your name without vowels:
N.R.H.D.Y.H(Chantek jer susunan nama aku..hehehe!)
--> What color do you wear most?
WHITE!white!n WHIte..
--> Least favorite color?
Light blue n Purple (Ye laa kot =]
--> What's for dinner tonite?
ermm..xmakan kot.aku selalu makan siang jer
--> Are you happy with your life right now?
Hepi kew?? 50-70 % kot... huhuh... Matlamat lom tercapai lagik... huhuhu.byak ag menda xdapat..
--> Who did you last call on your cell phone?
my muncit!!=)
--> Do you own a..
sport rim..yang ni je aku xdapat ag.bila ley dapat xtaw aar..o_O
--> Last thing you bought over 50 Ringgit?
Aku p soping baju gan slipar jepun atlanta kat BJ Mall,smua over 50 hengget..
--> Are you missing someone right now?
yes,my daddy
--> Finish this sentence. I wish......
I Wish i Leh Jadik Kaya.. ada duit byk,at senang..Amin Yarobbal-aalamin...
--> One word to describe you..
Cumil dan loqlaq.. Hahahaha....
--> What would you rather be doing right now?
Apa Lagik... Tgh duk buat blog ni leeeeewwwww....
--> Last IM you recieved?
anne mucuk,munink..ym nih aku dapat dr yana haveluvya..
--> Who did you hug today?
bantal tazmania aqu la...tuh la peneman aku time tido
--> What are you going to do now?
Nak Tdo...ngantuks
-->saper mangsa anda seterusnya..?
=yana haveluvya
=bit saidin
=wan mafia
=mell
KENA TAG GAN YANOS MUCHUK
1.Apakah benda yang paling penting dalam hidup anda?
Spectacles levis aku..aku kan rabun..kiki..kalu xde satg kelabu asap la anak mata aku..kikiki=)
2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
aku beli baju
3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
umah ma aku kat kampong..buat kenduri kendara cara owg kampong..meriahnyer...!!
4. Berapa lama anda rasa hubungan anda kekal?
Mintak2 berkekalan hingga akhirnya...
5. Adakah anda dilamun cinta?
dilamun
6. Di manakah restoran terakhir anda makan malam?
kedai char keow tepi jalan kat NT.
7. Namakan buku terakhir yg anda beli.
CLEO
9. Anda lebih senang dengan mak atau bapak?
AYAH (+_+)
10. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk kali pertamanya dalam hidup anda.
ANAK AKU
11. Sebutkan 8 sahabat yang paling rapat dengan anda
+Muncit
+Ogy
+Yana
+Fazlin
+Mell
+Bang Mir
+Kak As
+diari aku
12. Adakah anda mencuci pakaian sendiri?
YER..sbb saya suke main air..=))
13. Tempat paling seronok yang anda mahu pergi
bilik aku
14. Pelukan atau ciuman?
dua-dua la..
15. Butirkan 5 tentang orang yang tag anda
+ sudah berkawan lama
+ xbaper nak kenal
+ saja nak full kan blog
+ saje nk kenal-kenal
+ saje nk komen blog
16. 8 perkara yang amat saya gilai buat masa ini?
+ Shoppingggg..!!Smua barang nampak chantek dan nk dibelinye
+ dslr 60
+text msg gn muncit
+ snap pix
+ modified interior maibi
+ cat umah
+ YM
+ editing picca
17. 8 perkara yang sering diucapkan
+ Aqom
+ Siut arr..
+ Lantak laaa..
+ Ya Allah!
+ Kuang asam
+ Lahanat ahh...!!
+ Mencapap (Mencari Publisiti..Hehehehe!)
+ Okis
18. 8 buah buku yang terbaru anda baca
+ Diari ku (kisah hidupku byk tercoret disini)
+ Novel collection..
+Hypertune
+ Perkahwinan di dalam Islam
+CLEO
+ Keselamatan ICT dan Ancaman Siber
19.10 lagu yang saya boleh dengar berulang kali
+never b replaced
+disini untukmu-ungu
+hiasan-olan
+the reason
+analogi-kristal
+destiny-my little lover
+selimut hati-dewa
+terharu-jamal abdillah
+love story-taylor swift
+ pangako sayo
20. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
+tenangkan at
+kurangkan xtxt nagiz
+rajin masak
+baik at gn owg,even aku xsuke owg tu
+xmkn ais ketul
+usaha dan terus berusaha
+tambah kenalan rapat
+workaholic
TABAHKAN HATIMU WAHAI TEMAN
Email nih aku dapat dr lisa..seorang dari kawan2 aku yang tersenarai dlm list email aku..kat sini aku nak share sikit,tentang email yang dia forward kat group..aku paste kat sini supaya jadik pedoman kepada pompuan2 kat dunia ni.
Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri...=
Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.Pembaca Semua, Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak,Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak.
Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya,tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya.Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya,memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri.Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun.Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku.Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyaikuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.
Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik..Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali,dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan.Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwian adalah sebahagian kita mencari keredhaan Allah.Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah..Insya' Allah.
harap tabah hadapi ujian Allah s.w.t,semuanya ada hikmah..kecantikan itu xkekal abadi..yang penting,at itu da cukup baik untuk segalanya.
Tuesday, February 24, 2009
KALAU POMPUAN KATA KAT LELAKI MACAM NIH..MAKNANYA...
1)Kalau pompuan kata : oklah wak,kita sembang lain kali yek.
Maknanya : dah le tu...maleh dah nak sembang ngan ko..boring!
2)Kalau pompuan kata : tak pe,saya tak kisah..
Maknanya : sape kata aku tak kisah?
3)Kalau pompuan kata : kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je
Maknanya : aku memang tak nak kat ko..kalo cakap kang penyek plak muka tu..
4)Kalau pompuan kata : eh....u call ekk?i tak de receive call dari u pun...
Maknanya : memang no ko naik tapi saja aku malas nak jawap
5)Kalau pompuan kata : lain kali je la kita keluar,i bz la sekarang ni...nanti i free i call u ,kay?
Maknanya : aku tak nak keluar ngan ko,tak reti2 bahasa lagi ke?
6)Kalau pompuan kata : i sebenarnya tak la memilih sangat.=
Maknanya :sape kata aku tak memilih....please. .kalo nak makan pun harap aku belanja,boleh blah la...
7)Kalau pompuan kata :i tak kisah penampilan u macamana pun
Maknanya : ya Rabbi!selekehnya pak we aku...
8)Kalau pompuan kata : lain kali kita keluar lagi ekk?i kena balik cepat la...ada hal...
Maknanya : inilah first and last aku keluar ngan ko...
9)Kalau pompuan kata :saya suka lelaki yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla...
Maknanya : excuse me!ciri2 tu tak de kat ko..so..paham2 sendiri la
10)Kalau pompuan kata : u keje kat mana?as what?
Maknanya :kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah le ngorat aku...
ahakss!!kena cuka getah la lelaki-lelaki gini..kikiki
Subscribe to:
Posts (Atom)